Bagaimana saya membeli ebook?
Pilih judul, tambah ke troli dan log masuk atau daftar akaun. Bayar dengan TNG eWallet atau FPX melalui gateway pembayaran rasmi. Sebaik bayaran disahkan, ebook terus masuk ke Pustaka anda.
Boleh saya baca dahulu sebelum membeli?
Ya. Setiap judul mempunyai pratonton percuma halaman awal, termasuk kandungan dan bahagian pembuka buku. Pratonton boleh dibaca tanpa daftar akaun.
Apakah harga set?
Jika semua judul dalam sesuatu set ada dalam troli, contohnya kelima-lima judul Siri Johor, harga set digunakan secara automatik. Penjimatan dipaparkan dalam troli sebelum anda membayar.
Boleh muat turun PDF?
Ebook yang dibeli boleh dibaca dalam talian atau dimuat turun sebagai PDF dari Pustaka anda. Bahan dalam tab Arkib Sumber dan Domain Awam boleh dibaca dan dimuat turun secara percuma.
Apa beza Arkib Sumber dan Domain Awam?
Arkib Sumber menghimpunkan dokumen: surat, rekod Syarikat Hindia Timur Belanda, faksimile dan laporan sezaman. Domain Awam menghimpunkan buku lama seperti hikayat Melayu, kronik Portugis dan catatan pelayaran yang hak ciptanya telah tamat. Setiap rekod menunjukkan judul berbayar yang merujuknya.
Bagaimana status domain awam ditentukan?
Di Malaysia, hak cipta karya sastera tamat 50 tahun selepas kematian pengarang (Akta Hak Cipta 1987). Setiap judul disemak sebelum dimuat naik, dan terjemahan atau suntingan moden tidak dimasukkan melainkan haknya juga telah tamat.
Kenapa PDF besar lambat dibuka?
Sesetengah imbasan buku lama mempunyai ratusan halaman bergambar. Fail sebegini memerlukan masa untuk dimuatkan, terutama pada internet perlahan atau peranti lama. Muat turun PDF mungkin lebih pantas.
Apa beza skrol dan flip?
Skrol membaca halaman secara menegak seperti dokumen biasa. Flip memberi pengalaman seperti membelek buku. Anda boleh tukar mod mengikut keselesaan.
Masih perlukan bantuan?
Jika soalan anda belum terjawab, semak juga halaman Cara baca ebook atau Masalah PDF tidak terbuka.